Selasa, 22 Disember 2009

Pengenalan Bahagian E

- Bahagian E Kertas 2 900/2 Pengajian Am STPM adalah bahagian yang menghendaki anda mengubah bentuk media komunikasi daripada teks bentuk bukan linear kepada teks bentuk linear, iaitu mengalih bahan grafik kepada bentuk linear atau esei.

- Bahagian ini menguji calon tentang kemahiran menginterprestasi data atau maklumat daripada bahan grafik. Bermaksud calon akan diuji kebolehan dalam menganalisis data dan maklumat yang dipaparkan dalam bentu grafik dan kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk esei.

- Bahagian ini meliputi soalan 9 dan soalan 10 dalam Kertas 2 900/2 Pengajian Am STPM.

- Bahan grafik dalam bentuk jadual,carta aliran,carta pai,graf garis,graf bar dan gambar rajah digunakan untuk mempersembahkan sesuatu data atau maklumat.

- Idea-idea utama yang berupa maklumat yang terkandung dalan grafik dipaparkan perlu dipindahkan dalam bentuk teks linear atau esei.

- Dua (2) soalan dikemukakan dalam bahagian ini dan calon wajib memilih hanya satu (1) soalan untuk dijawab.15 markah diperuntukkan untuk setiap soalan.

- Setiap soalan memaparkan bentuk statistik, manakala satu lagi soalan memaparkan data bukan berbentuk statistik, seperti fakta atau maklumat berkaitan dengan sesuatu aspek tertentu.

- Lazimnya, soalan memerlukan pelajar mengesan isi tersurat dan isi tersirat yang terdapat dalam soalan.

Sabtu, 12 Disember 2009

Mukadimah

Salam dan selamat sejahtera.

Blog ini memaparkan maklumat dan bahan rujukan berkaitan Bahagian E Kertas 2 Pengajian Am STPM.

Semoga anda dapat menafaat dan keberkatan.

Segala maklum balas bolehlah anda sisipkan di bahagian komen pada setiap post.


Tazkirah tentang hati

Klik di sini untuk muat turun Tazkirah Soal Hati


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com