Isnin, 22 Mac 2010

Aspek yang perlu Diberi Perhatian semasa menjawab soalan Bahagian E

Aspek 1: Pengenalan

Penekanan

Calon perlu menyatakan secara umum, maklumat atau data statistik yang ketara dalam media berkenaan.


Aspek 2: Isi dan huraian

Penekanan

Isi;

a. Jawapan hendaklah memenuhi kehendak soalan.
b. Melibatkan dua bentuk analisis:

i. analisis data - menjelaskan perubahan sesuatu pemboleh ubah mengikut tahun dan satu-satu tahun yang dipilih.

ii. analisis pengetahuan - menyatakan sebab atau alasan berlakunya perubahan tersebut, atau mengemukakan cadangan dan sebagainya.


Huraian;

a. Buat huraian tentang perubahan sesuatu pemboleh ubah dengan menggunakan istilah-istilah yang sesuai dan tepat.
b. Contoh istilah yang sesuai digunakan;

i. meningkat atau turun kepada
ii. meningkat atau menurun sebanyak
iii. pola meningkat secara berterusan
iv. pola menurun secara berterusan
v. pola tidak setabil ( tidak konsisten )
vi. peratusan perubahan sebanyak
vii. peratusan sumbangan sebanyak ( nilai )% daripada ( jumlah keseluruhan )

c. Jika nilai pemboleh ubah diberikan dalam bentuk peratusan, tukar nilai tersebut kepada nilai mutlak dan sebaliknya, mengikut kesesuaian soalan.
d. Nyatakan sebab, alasan atau cadangan yang logik dan rasional tentang sesuatu perubahan pemboleh ubah sebagaimana mengikut kehendak soalan.


Aspek 3: Kesimpulan

Penekanan

Beri rumusan yang dapat menggambarkan secara menyeluruh maklumat atau data dalam bahan grafik dikemukakan dalam soalan.

Format Kertas Peperiksaan STPM Pengajian AM Kertas 2 Bahagian E

Bahagian E adalah bahagian yang memerlukan calon mengalih bentuk teks bukan linear kepada teks linear.

Bilangan Soalan yang perlu dijawab:

- Jawab satu ( 1 ) daripada dua (2 ) soalan dikemukakan.

Peruntukan masa:

- Calon perlu memperuntukan masa sewajarnya mengikut pemberatan markah diperuntukan untuk bahagian ini.

Jumlah markah:

- Markah yang diperuntukan untuk Bahagian E adalah 15 markah.


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com