Khamis, 3 Januari 2013

Bahagian B: Alih Bukan Linear Kepada Teks Linear

Bahagian ini untuk menguji kebolehan calon mengalih bentuk komunikasi daripada bentuk bukan linear ( jadual, graf atau carta) kepada bentuk linear dan mengutip maklumat daripada data / carta.

Komunikasi terlibat
  • kefahaman
  • analisis
  • kebahasaan
Ciri-ciri jawapan
  • Idea / Isi
  • Huraian dan penjelasan ( Isi data/ carta, fakta dan perhubungan fakta)
  • Kebahasaan ( jelas,tepat,padat,tersusun )
  • Rumusan / kesimpulan / pendapat      
Pemarkahan
  • Isi - 5
  • Huraian - 3 x 5 = 15
  • Bahasa - 4
  • Impak - 1   
  • Jumlah = 25

Khamis, 6 Januari 2011

TEKNIK MENJAWAB SOALAN STATISTIK (JADUAL)

TEKNIK MENJAWAB SOALAN STATISTIK (JADUAL)

Pendahuluan

1 Baca dan fahami jadual yang diberikan.
2 Tuliskan, jadual ini menunjukkan ... (berdasarkan soalan yang dikemukakan).
3 Nyatakan pemboleh ubah yang disenaraikan.
4 Berikan jumlah keseluruhan dan buat perbandingan jumlah keseluruhan (dalam bentuk angka, peratus atau positif dan negatif).
5 Nyatakan sebab berlaku sesuatu perubahan itu.


Isi

1 Tulis sekurang-kurangnya 4 isi.
2 Huraikan kriteria data secara melintang dahulu bagi sesuatu tahun.
3 Nyatakan perubahan ketara.
4 Perlu buat analisis dengan mengemukakan angka, perubahan angka dan peratus.
5 Perlu nyatakan sebab berlaku perubahan.
6 Huraikan kriteria data secara menegak, iaitu mana tertinggi dan terendah bagi tahun tertentu.


Penutup

Membuat kesimpulan secara ringkas berdasarkan jadual yang diberi.

Selasa, 27 Julai 2010

Kenal Pasti Jenis Soalan Melibatkan Jadual Data

Perhatikan pernyataan soalan berikut:


Soalan jenis 1
.
Berdasarkan jadual di atas, jelaskan bilangan pelbagai penyakit yang boleh membawa kematian pada tahun 2002 hingga 2004.

Soalan jenis 2.
Berdasarkan jadual di atas, jelaskan pola bilangan pelbagai penyakit pada tahun yang dinyatakan dan mengapa keadaan sedemikian berlaku.

Soalan jenis 3.
Dengan merujuk jadual di atas, jelaskan keadaan pelbagai penyakit pada tahun yang dinyatakan dan jelaskan usaha yang perlu dibuat bagi membendung jangkitan penyakit.


Perhatikan kepada frasa yang bergaris.Frasa tersebut adalah kata kunci untuk menentukan jenis soalan dan ciri-ciri jawapan yang dikehendaki.


Ciri-ciri jawapan mengikut pengkelasan jenis soalan (Soalan jenis 1, soalan jenis 2 atau soalan jenis 3)

Ciri Jawapan:

A = Analisa pola perubahan antara tahun
(Meningkat, menurun, tetap / tidak berubah, turun naik, khas)
B = Analisa pola perubahan dalam tahun
(paling banyak, paling sedikit bilangan sederhana)
C = Alasan merujuk pola yang wujud (dalam pola)
(Cth. Pola meningkat - sebab mengapa meningkat)
D = Alasan Umum (luar pola/ tidak berkaitan pola secara khusus) (isu berdiri sendiri - tiada kaitan khusus terhadap pola yang dibincangkan)


Soalan jenis 1

- Jawapan anda seharusnya mengandungi ciri-ciri AB
- Struktur jawapan - Idea + Bukti + analisa data/peratusan


Soalan jenis 2

- Jawapan anda seharusnya mengandungi ciri-ciri ABC
- Struktur jawapan - Idea +Bukti + analisa data /(%) (AB)+ alasan merujuk pola (e)


Soalan jenis 3

- Jawapan anda seharusnya mengandungi ciri-ciri ABD
- Struktur jawapan - Idea +Bukti + analisa data/ (%) (AB)+ respon kepada isu
dibangkitkan (D)

Jawapan Praktis 1: Jadual data

Praktis 1

Pendahuluan

Jadual ini menunjukkan bilangan kenderaan bermotor berdaftar di Malaysia antara tahun 2001 hingga tahun 2004. Secara keseluruhannya, jumlah kenderaan bermotor berdaftar didapati semakin meningkat.

Isi dan Huraian

A Huraian pola perubahan

Idea 1: Jumlah keseluruhan menunjukkan pola meningkat secara berterusan

Huraian:
- pada tahun 2001, jumlah kenderaan bermotor berdaftar ialah 11 303 366 buah-meningkat sebanyak 2 075 293 buah kepada 13378659 buah pada tahun 2004
- peratusan perubahan ialah 18.36 %


Idea 2: Pola meningkat secara berterusan - bas, teksi dan kereta sewa, motokar, kenderaan barang, motosikal dan kenderaan lain

Huraian:
- pada tahun 2001, bilangan motokar ialah 4 557 898 buah•-meningkat sebanyak 1 042393 buah kepada 5 600 291 buah pada tahun 2004
- peratusan perubahan ialah 22.87%


B Huraian polaperbandingan



Idea 3 : Tahun 2003 - bilangan paling tinggi ialah motosikal dan bilangan paling rendah ialah bas

Huraian:
-pada tahun 2003, jenis kenderaan bermotor berdaftar yang mencatatkan bilangan paling tinggi ialah motosikal, iaitu 6164 993 buah atau 48.09% daripada sejumlah 12819 370 buah kenderaan bermotor yang telah didaftarkan
- jenis kenderaan bermotor berdaftar yang mencatatkan bilangan paling rendah pada tahun 2003 ialah bas, iaitu 52852 buah atau 0.41 %


c Huraian lain


Idea 4:Langkah-langkah mengatasi kesesakan lalu lintas

Huraian:
- pada tahun 2003, jenis kenderaan bermotor berdaftar yang mencatatkan bilangan paling tinggi ialah motosikal, iaitu 6164 993 buah atau 48.09% daripada sejumlah 12819 370 buah kenderaan bermotor yang telah didaftarkan
- jenis kenderaan bermotor berdaftar yang mencatatkan bilangan paling rendah pada tahun 2003 ialah bas, iaitu 52852 buah atau 0.41 %
- menyediakan lorong khas untuk kenderaan berat dan kenderaan pengangkutan awam seperti teksi dan bas
- menaik taraf mutu jalan raya seperti melebarkan jalan dan membina jalan raya bertingkat serta lebuh raya
- menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam


Kesimpulan

Secara keseluruhannya, bilangan kenderaan bermotor berdaftar semakin meningkat sejajar dengan kemajuan negara. Pelbagai usaha harus dijalankan untuk mengelakkan kesesakan di jalan raya.

Selasa, 18 Mei 2010

Kuliah 1

Pengenalan bahagian E


1. Bentuk Teks - Teks Bukan Liner

Huraian : Mengenal jenis teks bukan linear yang lazim

• Jadual - antara dan dalam sektor, dalam sektor sahaja
• Graf (Media berpaksi) - graf bar; kompaun dan komponen; mudah dan kompleks
• Carta (media tanpa paksi) - pai aliran; mudah dan kompleks
• Gambarajah (piktograf)

2. Tugasan:

1. Mengenali dan memahami ciri teks bukan liner
2. Memilih dan membina media teks bukan linear yang sesuai
3. Memindahkan dan membina media teks linear daripada teks bukan linear


Pemarkahan:

1. isi 4 X 1 markah = 4 markah
2. huraian 4 x 2 markah = 8 markah
3. rumusan 3 markah

keseluruhan 15 markah.

Khamis, 15 April 2010

Subtopik dan Huraian Sukatan Pelajaran

Subtopik dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahagian E,Kertas 2,Pengajian Am STPM.


Subtopik:

1. Bentuk Teks - Teks Bukan Liner

Huraian : Mengenal jenis teks bukan linear yang lazim
  • Jadual - antara dan dalam sektor, dalam sektor sahaja
  • Graf (Media berpaksi) - graf bar; kompaun dan komponen; mudah dan kompleks
  • Carta (media tanpa paksi) - pai aliran; mudah dan kompleks
  • Gambarajah (piktograf)
2. Tugasan:
  1. Mengenali dan memahami ciri teks bukan liner
  2. Memilih dan membina media teks bukan linear yang sesuai
  3. Memindahkan dan membina media teks linear daripada teks bukan linear

Ahad, 11 April 2010

Membuat Huraian

Panduan Umum Membuat Huraian

1. Mulakan jawapan dengan pendahuluan yang sesuai, ringkas, padat dan tepat.

2. Tentukan data-data yang dikemukakan dalam jawapan tidak diambil bulat-bulat daripada jadual atau carta yang diberikan.

Data perlu diperoses atau diinterprestasi atau dianalisis dengan mengambil kira nilai-nilai perbezaannya seperti pengurangan dan pertambahan, nilai peratusan dan sebagainya.

3. Berikan ulasan atau penjelasan tentang perubahan yang wujud, misalnya sebab-sebab berlakunya keadaan sedemikian atau ulasan yang berkaitan dengan kesan dan hasil daripada perubahan tersebut.

4. Semasa memberi huraian tentang perubahan data, calon perlulah menggunakan pengetahuan am yang ada, terutama pengetahuan tentang fakta yang amat relevan dengan pemboleh ubah tersebut.

5. Nyatakan pola perubahan jika ada, misalnya sama ada data-data itu memperlihatkan pola perubahan yang menaik, menurun atau malar/mendatar berserta ulasan yang munasabah.

6. Pastikan jawapan calon tidak dipenuhi dengan data atau perangkaan semata-mata atau huraian semata-mata tanpa perangkaan.

Jawapan seharusnya menunjukkan gabungan data dan huraian atau ulasan tentang data tersebut.

7. Pada akhir jawapan, berikan kesimpulan terhadap interprestasi yang telah dikemukakan kesimpulan haruslah menekankan maklumat tersirat yang terdapat dalam jadual atau data.

Pastikan isi bagi bahagian kesimpulan ini tidak dinyatakan dalam bahagian huraian.

8. Pastikan bahasa yang digunakan adalah jelas dan tepat.

Penguasaan bahasa yang betul adalah penting kerana sekiranya pelajar gagal menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan, pemeriksa akan sukar memahami interprestasi terhadap data atau maklumat yang diberikan dan seterusnya menjejaskan markah yang akan diperolehi.


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com