Selasa, 25 Jun 2013

Contoh Skema Jawapan Praktis 8


Pendahuluan:

Jadual ini menunjukkan kuantiti tenaga elektrik yang dijana dan digunakan untuk pelbagai kegiatan di Malaysia antara tahun 2001 hingga tahun 2004.

Isi dan idea:

A. Penjanaan tenaga elektrik

Idea 1:  Jumlah tenaga elektrik yang digunakan menunjukkan peningkatan yang berterusan.
Huraian: - pada tahun2001, kuantiti elektrik yang dijanalan ialah 72 280.3 juta kWj
             - meningkat sebanyak 19 870.2 juta kWj kepada 92 150.5 juta kWj pada tahun 2004
             - peratusan penambahan ialah 27.49%

B. Penggunaan tenaga elektrik

Idea 2:  Pola meningkat secara berterusan - kediaman,perindustrian,perniagaan dan lampu awam
Huraian: - pada tahun 2001, kuantiti tenaga elektrik yang digunakan oleh firma perindustrian ialah 33 292.5
                juta kWj
              - meningkat sebanyak 4692.7juta kWj kepada 37 985.2 juta kWj pada tahun 2004
              - peratus perubahan sebanyak 14.09%

Idea 3: Pola tidak konsisten - penggunaan sendiri oleh badan pemasangan swasta
Huraian: - pada tahun 2001, kuantiti elektrik yang digunakan ialah 1453.3 juta kWj
             - menurun sebanyak 12.8 juta kWj kepada 1440.5 juta kWj pada tahun 2002, kemudian
                meningkat sebanyak 42.6 juta kWj kepada 1483.1 juta kWj pada tahun 2003, tetapi merosot
                semula sebanyak 30.3 juta kWj kepada 1452.8 juta kWj pada tahun 2004
             -  peratus penurunan sebanyak 0.88% bagi tempoh 2001- 2002
             - peratus peningkatan bagi tempoh 2002 - 2003 ialah 2.96%
             - peratus penurunan bagi tempoh 2003 - 2004 ialah 2.04%

C. Huraian lain (idea pengetahuan)

Idea 4: Langkah-langkah untuk mengelakkan krisis tenaga elektrik

           - masyarakat harus diingatkan untuk menggunakan tenaga elektrik secara berhemat
           - mencari dan mengguna sumber tenaga alternatif
           - menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk mencipta peralatan elektrik yang menjimatkan
              tenaga
           - berusaha mengatasi masalah kehilangan atau pembaziran tenaga elektrik

Kesimpulan

Penjanaan dan penggunaan tenaga elektrik semakin bertambah. Pelbagai usaha wajar diambil untuk mencari sumber tenaga alternatif dan menggalakkan penggunaan tenaga elektrik secara berhemat.
               

1 ulasan:

  1. Caesars Casino Las Vegas - Mapyro
    The hotel 김해 출장마사지 features 여수 출장샵 comfortable rooms. All rooms 안동 출장마사지 feature an air conditioning with 당진 출장샵 a seating area with a 영주 출장안마 sofa bed. The hotel has 2 on-site restaurants

    BalasPadam


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com