Khamis, 15 April 2010

Subtopik dan Huraian Sukatan Pelajaran

Subtopik dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahagian E,Kertas 2,Pengajian Am STPM.


Subtopik:

1. Bentuk Teks - Teks Bukan Liner

Huraian : Mengenal jenis teks bukan linear yang lazim
  • Jadual - antara dan dalam sektor, dalam sektor sahaja
  • Graf (Media berpaksi) - graf bar; kompaun dan komponen; mudah dan kompleks
  • Carta (media tanpa paksi) - pai aliran; mudah dan kompleks
  • Gambarajah (piktograf)
2. Tugasan:
  1. Mengenali dan memahami ciri teks bukan liner
  2. Memilih dan membina media teks bukan linear yang sesuai
  3. Memindahkan dan membina media teks linear daripada teks bukan linear

Ahad, 11 April 2010

Membuat Huraian

Panduan Umum Membuat Huraian

1. Mulakan jawapan dengan pendahuluan yang sesuai, ringkas, padat dan tepat.

2. Tentukan data-data yang dikemukakan dalam jawapan tidak diambil bulat-bulat daripada jadual atau carta yang diberikan.

Data perlu diperoses atau diinterprestasi atau dianalisis dengan mengambil kira nilai-nilai perbezaannya seperti pengurangan dan pertambahan, nilai peratusan dan sebagainya.

3. Berikan ulasan atau penjelasan tentang perubahan yang wujud, misalnya sebab-sebab berlakunya keadaan sedemikian atau ulasan yang berkaitan dengan kesan dan hasil daripada perubahan tersebut.

4. Semasa memberi huraian tentang perubahan data, calon perlulah menggunakan pengetahuan am yang ada, terutama pengetahuan tentang fakta yang amat relevan dengan pemboleh ubah tersebut.

5. Nyatakan pola perubahan jika ada, misalnya sama ada data-data itu memperlihatkan pola perubahan yang menaik, menurun atau malar/mendatar berserta ulasan yang munasabah.

6. Pastikan jawapan calon tidak dipenuhi dengan data atau perangkaan semata-mata atau huraian semata-mata tanpa perangkaan.

Jawapan seharusnya menunjukkan gabungan data dan huraian atau ulasan tentang data tersebut.

7. Pada akhir jawapan, berikan kesimpulan terhadap interprestasi yang telah dikemukakan kesimpulan haruslah menekankan maklumat tersirat yang terdapat dalam jadual atau data.

Pastikan isi bagi bahagian kesimpulan ini tidak dinyatakan dalam bahagian huraian.

8. Pastikan bahasa yang digunakan adalah jelas dan tepat.

Penguasaan bahasa yang betul adalah penting kerana sekiranya pelajar gagal menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan, pemeriksa akan sukar memahami interprestasi terhadap data atau maklumat yang diberikan dan seterusnya menjejaskan markah yang akan diperolehi.

Menginterprestasi Data Statistik

Panduan Umum

Menganalisis Carta atau Jadual

1. Teliti jadual yang diberikan dengan cermat dan kenal pasti setiap pemboleh ubah yang terdapat di dalam carta atau jadual tersebut.

Perhatikan perbezaan tanda yang ada, misalnya

- garis putus-putus
- garis bersambung dan beranak panah
- lorekan atau warna yang berlainan

Terutamanya yang mungkin terdapat dalam carta aliran.

2. Perhatikan:

- petunjuk
- nota kaki
- catatan
- nilai unit digunakan
- skala
- tajuk carta

* Perhatian yang tepat dan teliti dapat membantu calon memahami carta atau jadual dengan tepat dan betul.

3. Baca dengan teliti pernyataan soalan tentang jadual atau carta itu untuk mengenal pasti kehendak sebenar soalan.

Lazimnya calon akan dikehendaki membuat huraian, perbandingan dan menjelaskan pola perubahan yang ditunjukkan oleh nilai sesuatu pemboleh ubah.

Calon juga perlu mengenal pasti maklumat tersirat di dalam jadual atau carta yang diberikan.

4. Buat pengiraan yang perlu dan sesuai, misalnya

- mencari jumlah
- peratusan
- purata
- pertambahan
- pengurangan
- mengubah angka peratusan kepada angka sebenar (nilai mutlak)

Akhirnya nyatakan dengan jelas perubahan-perubahan data yang dialami oleh sesuatu pemboleh ubah.

Soalan 9 dan Soalan 10

Soalan 9

- Soalan 9 berbentuk jadual.

- Data dikemukakan adalah dalam bentuk statistik atau perangkaan.

- Isi tersurat - Perangkaan yang telah dibuat pengiraan berdasarkan kehendak soalan.

- Isi tersirat - Huraian atau ulasan tentang sebab perubahan data dan perangkaan.



Soalan 10

- Soalan 10 berbentuk carta.

- Data bukan berbentuk statistik atau perangkaan.

- Data berbentuk fakta tentang aspek atau tajuk yang dibincangkan.

- Persembahan data dalam bentuk carta pai, carta aliran atau carta organisasi.

- Isi tersurat - Fakta yang dinyatakan dalam carta.

- Isi tersirat - Huraian atau penjelasan, ulasan atau contoh tentang fakta dalam carta.


Apa yang perlu anda buat?

- Jawab satu soalan.

- 15 markah diperuntukkan.

- Jawab dalam masa lebih kurang 35 minit.

- Bahasa mesti lancar dan tepat.

- Jumlah isi antara 4 hingga 6.

- Olahan isi dalam beberapa perenggan yang sesuai.


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com