Panduan Umum Membuat Huraian
1. Mulakan jawapan dengan pendahuluan yang sesuai, ringkas, padat dan tepat.
2. Tentukan data-data yang dikemukakan dalam jawapan tidak diambil bulat-bulat daripada jadual atau carta yang diberikan.
Data perlu diperoses atau diinterprestasi atau dianalisis dengan mengambil kira nilai-nilai perbezaannya seperti pengurangan dan pertambahan, nilai peratusan dan sebagainya.
3. Berikan ulasan atau penjelasan tentang perubahan yang wujud, misalnya sebab-sebab berlakunya keadaan sedemikian atau ulasan yang berkaitan dengan kesan dan hasil daripada perubahan tersebut.
4. Semasa memberi huraian tentang perubahan data, calon perlulah menggunakan pengetahuan am yang ada, terutama pengetahuan tentang fakta yang amat relevan dengan pemboleh ubah tersebut.
5. Nyatakan pola perubahan jika ada, misalnya sama ada data-data itu memperlihatkan pola perubahan yang menaik, menurun atau malar/mendatar berserta ulasan yang munasabah.
6. Pastikan jawapan calon tidak dipenuhi dengan data atau perangkaan semata-mata atau huraian semata-mata tanpa perangkaan.
Jawapan seharusnya menunjukkan gabungan data dan huraian atau ulasan tentang data tersebut.
7. Pada akhir jawapan, berikan kesimpulan terhadap interprestasi yang telah dikemukakan kesimpulan haruslah menekankan maklumat tersirat yang terdapat dalam jadual atau data.
Pastikan isi bagi bahagian kesimpulan ini tidak dinyatakan dalam bahagian huraian.
8. Pastikan bahasa yang digunakan adalah jelas dan tepat.
Penguasaan bahasa yang betul adalah penting kerana sekiranya pelajar gagal menyampaikan maklumat dengan jelas dan berkesan, pemeriksa akan sukar memahami interprestasi terhadap data atau maklumat yang diberikan dan seterusnya menjejaskan markah yang akan diperolehi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan