Panduan Umum
Menganalisis Carta atau Jadual
1. Teliti jadual yang diberikan dengan cermat dan kenal pasti setiap pemboleh ubah yang terdapat di dalam carta atau jadual tersebut.
Perhatikan perbezaan tanda yang ada, misalnya
- garis putus-putus
- garis bersambung dan beranak panah
- lorekan atau warna yang berlainan
Terutamanya yang mungkin terdapat dalam carta aliran.
2. Perhatikan:
- petunjuk
- nota kaki
- catatan
- nilai unit digunakan
- skala
- tajuk carta
* Perhatian yang tepat dan teliti dapat membantu calon memahami carta atau jadual dengan tepat dan betul.
3. Baca dengan teliti pernyataan soalan tentang jadual atau carta itu untuk mengenal pasti kehendak sebenar soalan.
Lazimnya calon akan dikehendaki membuat huraian, perbandingan dan menjelaskan pola perubahan yang ditunjukkan oleh nilai sesuatu pemboleh ubah.
Calon juga perlu mengenal pasti maklumat tersirat di dalam jadual atau carta yang diberikan.
4. Buat pengiraan yang perlu dan sesuai, misalnya
- mencari jumlah
- peratusan
- purata
- pertambahan
- pengurangan
- mengubah angka peratusan kepada angka sebenar (nilai mutlak)
Akhirnya nyatakan dengan jelas perubahan-perubahan data yang dialami oleh sesuatu pemboleh ubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan